berkurun lame rasanyer ayu x hupdate blog inie...
rase sepertinye da berhabuk sgt..
bertambah dgn sawang2 yang menimbun.
da nk raye, kne bersihkan sawang.
org nak dtg jengok. hehehe.
entry kali ini lebih kepada hati dan perasaan jiwa2..
bercerita soal kehidupan mmg tiada kesudahan.
ya, TIADA.
seperti mana tajuk entry kali ni.
mencari kesempurnaan dalam hidup ni,
memang amat mustahil.
[kebanyakkannye].
ini adalah kerana sifat manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang diberi.
sikap ini juga boleh memusnahkan tapi tak mustahil memberikan yang terbaik untuk diri sendiri.
dalam mencari kesempurnaan hidup itu tidaklah mudah.
sememangnyer sangat sukar.
kita akan lalui jalan2 berliku,
penuh dengan rintangan, dugaan.
sehingga kadangkala,
kita berputus asa untuk terus mencari kesempurnaan itu.
perjalanan melengkapi hidup bukan lah jalan yang lurus.
kita tidak akan terlepas memilih persimpangan yang salah.
di setiap persimpangan yang salah itu,
semestinya kita tangisi keputusan kita memilih jalan tersebut.
ye, itu hakiki. tak perlu dinafi.
kekesalan akan terpaut,
walau tak banyak pasti sedikit terpalit.
dalam kesesatan itu,
kita meratapi setiap inci kehidupan yang kita jalani.
mungkin kerana jalan tersebut tidak sebati dengan jiwa,
maka doh adunan kehidupan tersebut jadi terbantut.
dan disaat kita sedar kekurangan tersebut,tentu sahaja kita sudah terlambat untuk memperbetulkan apa yang silap.
dan bermula dari situ,
setiap hari dihitung dengan bertanya pada diri,
'SAMPAI BILAKAH KITA MAMPU BERTAHAN'
kekesalan yang terjadi bukan sahaja memusnahkan masa silam,
tapi juga memcacatkan masa hadapan.
pastinya apa kita hadapi masa silam mempengaruhi kehidupan mendatang.
dan yang pasti itu tidak lah enak untuk dihidang menjadi santapan kepada tetamu kehidupan kita di masa akan datang.
saat kita mula sedar semua itu,
kita akn jadi tidak tahu kemana kita harus tuju.
setiap hari dihujani persoalan yang menuding ke arah diri atas kesilapan itu.
maka bermulalah mendung tak terhingga sehingga boleh merosakkan diri.
paling menakutkan, kekecewaan itu mengheret kita ke arah kekecewaan lebih teruk.
kerana disaat akal tak mampu berfikir dengan baik,
hati bertindak firasat dilontar.
maka, dua pilihan akan terbuka ;
LEBIH BAIK, LEBIH BURUK.
[BETTER, WORST]
memilih satu diantara dua itu lebih sukar daripada diberi satu pilihan dan kita tak perlu memilih.
dalam masa kita harus memilih.
dalam masa kita harus memilih.
hati haruslah menjadi kebal, tetap.
apa lagi keputusan yang diambil bakal menghancurkan banyak hati.
pada ketika itu,
ingatlah semua.
satu sahaja jalan penyelesaian yang kita ada.
iaitu; JADI DIRI KITA SENDIRI.
ya. itu yang kita tidak nampak dalam diri kita.
terlalu banyak menggunkan akal untuk membuat keputusan kadangkala mendatangkan effect menakutkan di kemudian hari.
kehidupan bukan hanya mengikut logik akal.
kadangkala kehidupan membabitkan perkara2 yang tidak dijangka.
tak dapat disangkal otak sama sekali.
jadi, cuma kita yang tahu apa yang kita mahu.
tak kira keputusan itu akan merugikan di masa akan datang atau pun tidak,
berserahlah! sekurang2nya kita lakukan apa yang kita mahu.
disitu sudah cukup membuahkan kepuasan mencari kesempurnaan.
jika sekali ini kita tersilap juga,
maka itu adalah rencah kehidupan.
asalkan kita ada keberanian memberi hak untuk bahagia pada diri kita.
walaupun kita melakukan kesilapan, kita berhak dimaafkan!
sebelum orang lain maafkan diri kita,
maka bersihkan hati untuk memaafkan diri kita sendiri.
dengan menulis perkataan tersebut jauh ke dalam hati.
barulah diri terasa tenang.
pada masa ini lah,
hidup menjadi sempurna.
percayalah,
memaafkan diri sendiri itu melengkapi kekurangan hidup kita.
daripada menuding jari ke arah orang lain,
lebih baik kita lihat sendiri kekurangan diri.
menerima kekurangan diri itu tidaklah hina.
jika dibandingkan dengan memperkatakan kekurangan orang lain.
maka,
MAAFKAN LAH DIRI ANDA untuk memaafkan orang lain.
dari situ wujud keikhlasan.
bila segalanya ikhlas,
kita jalani kehidupan kita dengan tenang.
oleh itu, kehidupan menjadi SEMPURNA.
akhirnya semua sempurna!
image ; encikGOOGLE
p/s; [ share kalau rasa berguna untuk org lain ok. tq! ]
2 orang bijak dah tulis dicnie. ♥:
wahh, lame x hupdate. sekali hupdate mak aih pnjang berjela. hihi. untunglah ade org syg. #tetiba. huehue
hahaha. da lme giler x hupdate.
pjg berjela kan. klu nk muntah aq provide baldi. hahahha<3
p/s; untung kew? hahahaha
Post a Comment