hahahahha... ade yang penah rase mcm tuh x??? kalau ade maknanye anda mengalami masalah KEBUNCITAN! [cakap org. padahal tgk diri sendiri].heheheheh... orite. kali nie entry nak bincang psl health info pulak..nie bukan je as info kepada pembaca2 blogger ayu tapi jgk as guide utk diri sendiri.=] apepn,.yg plg pntg hope berguna untuk korang yer!!..
Minum banyak air
– . Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.Kurangkan pengambilan garam
– Garam yang berlebihan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.Makan perlahan-lahan
- Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.Pengambilan serat
– Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.Elakkan sembelit
– Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.Bersenam
- Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.Bersarapan dengan yogurt
- Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut bincit.- Hindari minuman beralkohol
– Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
BUKAN TU JE, PHYSICALLY P0WN KENA JAGE OKEYH :
Amalan posisi ketika duduk
– Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.Lakukan kerja rumah
– Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
Petua tradisional PULAK MCM NIE :
Kapur makan dan Limau Purut
+
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
Limau nipis dan Teh
+
Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.
Limau nipus dan Kapur sirih
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perutsahaja, amalkan setiap malam.
Asam jawa
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Itu saja perkongsian yang dapat diberikan. Anda boleh memilih jalan singkat dengan mengamalkan apa sahaja jenis ubat-ubatan di pasaran sekarang atau mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengeluarkan satu sen pun. atau untuk lebih kesan lebih sempurna rujuklah pakar seperti doktor atau belilah buku dari pakar seperti dalam gambar di atas.
Akhir kata,
AMALKAN GAYA HIDUP SEHATtau!!!!! =]
SELAMAT MENCUBA♥
2 orang bijak dah tulis dicnie. ♥:
perghhh..ini lah yg dicari2..thanx kongsi :D
hehehehe. sme la kte. pn perlukan sgt info nie. jom try sme2. weee. hope berkesan....[no thx dear ]!
Post a Comment