بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ الرحيم

[ In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ]



Saturday, June 25, 2011

✿ 165 HARGA BARANG TURUN!✿


KUANTAN –Menurut akhbar tempatan, bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala hanya 135 lagi mengalami kenaikan.

Ha...pasni jangan bising-bising yer....Harga sebenarnya dikawal dan dipantau oleh kerajaan untuk mengemaskini sistem ekonomi kita...sila lah beri kerjasama untuk kewangan negara!

Selama ini, banyak pihak merungut mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.

“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.

Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.


So, kepada anda-anda di luar sana, anda boleh check senarai harga barangan di SINI.
Selain itu, link yang ayu bagi tu adalah untuk kegunaan untuk pengguna seperti kita semua. Termasuk la akta-akta kepenggunaan dan hak-hak pengguna.

Sekian sahaja.
Sumber: KOSMO


✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

1 orang bijak dah tulis dicnie. ♥:

Hidayah bt Zainab said...

anda d tag.. jom join :)

http://bolehlasikitsikit.blogspot.com/2011/07/contest-saya-dan-kaca-mata.html

http://lyana-edris.blogspot.com/2011/06/contest-pertama.html

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...