-->
skip to main | skip to sidebar
~✿ iDaYu aYu ✿~

Pages

  • Home
  • ✿OWNER ✿
  • ✿banner ✿
  • ✿link exchange!✿
  • ✿ koleksi ✿

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ الرحيم

[ In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ]



Tuesday, February 21, 2012

✿ .:sekadar renungan:. ✿


‎"... Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walau apa cara sekalipun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankannya. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan ..."



✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

3 orang bijak dah tulis dicnie. ♥

Tuesday, February 7, 2012

✿ JANGAN TUNGGU LAMA2!! ✿



DEAR GENTLEMEN :

 JANGAN TUNGGU LAMA2KALAU DAH BERKENAN YERK!!! 







Jangan tunggu lama-lama

Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan dia menunggu
Janganlah sampai dia berlalu

Jangan fiqir lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Jiwaku ragaku hatiku nafasku untukmu
Senyummu jelingmu manjamu sinismu untukku
Bayang dalam pesona
Cerita dan ceritera
Sanubara dunia nyata
Satu alam dua jiwa

Tak tahan hatiku menanggung rindu
Tak sabar rasanya untuk bertemu
Jangan biarkanku lama menunggu
Karam di hati tak siapa tahu

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Kemana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Lagi-lagilah lama....

Artist: Jinbara
Title: Jangan Lama Lama
Album: Interpretasi Mental
Jangan Lama Lama Lirik - Jinbara @ Lirikami

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2010/09/jangan-lama-lama-lirik-jinbara.html#ixzz1lgfrKU89





✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

0 orang bijak dah tulis dicnie. ♥

✿ GUY : DON'T MAKE WOMEN CRY! ✿

Ehhhh…
Hye there dear aLL!!
Here im gonna shared with yaa…
Sumtink that I think we all mess up,
Or dun ever know?
Orite, this specially dedicated for lovely guys around us!
Hahahhaa….



I think all of yaa can see it?
If don’t , please do ZOOM as big as you can!
Please dear gentlemen,
Be loveable with being lovely guy!
Do appreciate your lovely sweetheart!
Yezz! This can be damnly force!
Because you don’t ever know when you will lose her!


BEWARE OF PICK HEART! 
LOVE YOUR LOVE!! :D






✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

4 orang bijak dah tulis dicnie. ♥

Friday, February 3, 2012

✿ PERKAHWINAN ITU INDAH??? ✿



                                           

Percayakah kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah?

Secara lisan mungkin kita akan berkata “percaya”, tetapi sememangnya perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya. Jadi, boleh dikatakan sebenarnya anda belum betul – betul yakin akan pernyataan diatas. Kadangkala, banyak alasan dari mulut kenapa kita tidak bersegera berkahwin, diantaranya :

Belum habis pengajian.
Secara kewangan masih belum mampu.
Anda sedang menjalani suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka masa waktu tertentu.
Belum bertemu orang yang sesuai atau belum mendapat jodoh.
Masih ingin menikmati masa muda.
Belum mendapat restu dari orang tua (mungkin ibubapa merasa tidak sesuai dengan calon pasangan anda).
Takut kepada lawan jenis.
Belum berani bertanggungjawab dan sebagainya..
.

Kerana perkahwinan, kita akan kehilangan :

Waktu untuk berkumpul dengan rakan-rakan.
Waktu untuk menjalankan hobi. Malah anda hampir akan kehilangan hobi lama.
Hak peribadi, misalnya merokok, bergosip, dan sebagainya – yang kebanyakan sebenarnya adalah hawa nafsu.
.

Semua alasan di atas adalah alasan yang sebenarnya timbul dari dalam hati kita.

Hati adalah sesuatu yang sangat mengikut pengaruh, baik dari dalam diri kita sendiri mahupun dari luar. Apabila dapat mempengaruhi hati dengan agama, dengan berzikir kepadaNya, menyebut namaNya, itu jauh lebih baik. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya, ridha Allah SWT jauh lebih baik daripada dunia seisinya.

Kita belum menamatkan pengajian di universiti, belum menjadi seorang graduan. Seringkali perkara ini dihubungkan dengan tradisi orang-orang tua kita, jika mahu berkahwin harus “menjadi orang” dahulu, iaitu Belajar –» kerja –» Kahwin.

Malah ada juga yang menetapkan ketentuan seperti mempunyai harta yang cukup (3 biji kereta Mercedes.. hehe) dan perkara seumpama ini telah menjadi wajib dalam masyarakat kita



gambar : sekadar hiasan ;p

Padahal sebenarnya belajar itu merupakan satu proses seumur hidup, bermula dari dalam rahim sehngga kita mati. Tiada salahnya berkahwin ketika masih di universiti. Kesannya mungkin hanya masalah pembahagian waktu. Aturlah waktu agar dapat bekerja separuh waktu. Waktu menghadiri kuliah atau membuat assignment, fokuskan tenaga dan fikiran kita. Begitu juga ketika bekerja separuh waktu. Kuncinya, mengatur masa dan mengatur fokus

.

Bagaimana apabila kita merasakan secara kewangan masih belum mampu?

QS 24. An Nur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini adalah motivasi utama untuk yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Kita akan menjadi super yakin apabila kita sudah berkahwin dan menjalaninya. Tetapi kita harus sabar dan tawakkal kepada Allah serta tetap berusaha. Walaupun disaat kita benar-benar kehabisan wang. Jangan menjalankan maksiat dan pekerjaan yang haram hanya kerana tiada wang.

Apabila kita sedang mengikuti suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka waktu yang tertentu, tetaplah mengikuti program tersebut dan jagalah keinginan kita untuk berkahwin. Untuk lebih yakin lagi, jelaskan kepada ibubapa dan calon mertua. Berjanjilah untuk segera berkahwin setelah jangka waktu tersebut dilepasi dan sekaligus minta restu mereka.

.

Belum bertemu yang sesuai ?

Itu bergantung kepada kriteria anda. Tidak perlu berlebihan dalam hal ini. Yang paling asas adalah pasangan yang kita inginkan tidak perlu seperti kita. Dan lihatlah diri kita sendiri. Kalau kita “begini” kemungkinan kita akan mendapatkan pasangan yang “begini” pula. Jika kita seorang yang selekeh, jangan mengharapkan pasangan yang kcak atau cantik.


Kalau kita cuma berlulusan SPM, jangan terlalu berharap dapat yang lulusan Ijazah.Kuncinya, batasi kriteria kita hanya dengan apa yang ada di Al Qur’an dan sunnah Nabi. Semakin cerewet kita, semakin sukar kita akan bertemu pasangan yang sesuai. Dan selalulah meminta petunjukNya.

Jodoh itu termasuk ketentuan Allah yang kita sendiri tidak tahu, tetapi Insya Allah kita pasti akan mendapatkannya.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS 30. Ar Ruum ayat 21).



Ibu Bapa yang tidak bersetuju

Sebaiknya kita lihat dulu, apa masalahnya. Mungkin ibubapa kurang berkenan, contohnya kerana berambut botak, berkelakuan buruk, mempunyai pekerjaan haram atau suka membuat perkara maksiat. Untuk kes ini, ajaklah pasangan kita untuk memperbaiki diri terutama yang berhubung dengan akhlak dan bersabarlah.

Selalukan mempertemukan pasangan kita dengan ibubapa. Ada pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Biasanya ini hanya masalah waktu. Berprasangka baiklah kepada Allah dan ibubapa.

Tetapi apabila ibu bapa tidak setuju kerana alasan yang “pelik – pelik”, misalnya kerana harta atau keturunan, Jelas secara perlahan – lahan dengan bahasa yang sopan kepada ibubapa bahawa perkara itu tidak penting. Apabila ibubapa masih berkeras juga dan kita sudah tetap dengan pilihan kita, mahu terus atau mahu mematuhi ibubapa?

Sebenarnya, dari satu sudut, restu orang tua (terutama ibu) itu penting, tetapi kewajipan kita untuk taat kepada ibubapa hanya apabila sesuatu perkara itu benar di mata Allah dan tetaplah berbuat baik kepada ibubapa.

Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.

Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). (QS 6. Al An’aam 151)



Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS 17. Al Israa’ 23)



Kemudian, tentang hobi, kesenangan, dan sebagainya yang berhubungan dengan hawa nafsu. Percayalah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik kerana dengan menikah bererti kita mematuhi perintah Allah dan sunnah Nabi. Allah akan senang kepada hamba-Nya yang mahu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya.

.

Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :

Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita.

Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.

Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan.
Nafsu duniawi kita lebih terkawal.
Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.
.
 Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan. Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik). Allah Ya Rahman.. Allah Ya Rahim.

.


p/s: KENAPA AGK2 KALI NIE AYU BUAT TULISAN BESAU2 EK? NK BAGI JELAS NAMPAK PADA SESIAPA JE YG BACE YG MASIH LG BANYAK ALASAN UTK KAWEN!
[ PARENTS2 SILA BACE JUGE. CIAN KAT ANK2. HAHAHA ]=P
sumber

✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

2 orang bijak dah tulis dicnie. ♥
Newer Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



TRY TO ENJOY THE SILENT! T.T
orang tengah jenguk AYU.TQ!

✿total pageview✿

✿archieve✿

p/s:setiap tarikh yg bold itu utk setiap post ayu!✿ sila selak utk semak =P

✿ wishlist ✿

complete my diploma
complete my degree
get my dream job
be a sweet fiancee
be a wonderful wife
be a beautiful mother
YaALLAH. permudahkan lah usaha kami. sesungguhnya apa yang kau aturkan itu yang terbaik utk kami. insyAllah.... amin ......

✿chitchat✿

✿Jom Bace!✿

get this widget here

Twitter

✿ instagram ✿

Follow @idayuayu

✿blog's oxygen✿

✿exchange✿

*Copy And Paste it into your blog ok?:)
✿drop your link here!✿

✿me. MyseLf!✿

Nor Idayu♥
2/12/1989♥
love.chocolate♥
bachelordegree♥
financeStudent♥

Daisypath Anniversary tickers

✿ B2B TAG ✿

✿ B2B TAG ✿

✿GuLe2HatiE✿

♥NOR IDAYU♥
♥EZZATGIBRAIL♥
♥AYAHANDA♥
♥BONDA♥
♥FAZRUL SHAH♥
♥JUNAIDAH&HUBBY♥
♥QARIENA MARYSHA♥
♥QIERANN MIQHAEL♥
♥ADIK&KAKAK♥

✿like.like✿

~✿klik sini ✿~

✿Wedding Inspiration✿

  • { 4weddingku Blog }
    Hello
    8 years ago
  • when he proposed i said yes
    PREGNANCY CHRONOLOGY
    9 years ago
  • Bitbitterbutter
    Guestbook Freebies
    10 years ago
  • Still Counting . . . by Huda Luna
    7 Pemilihan Jenis Kek Kahwin (Wedding Cake)
    10 years ago
  • ** anaztasia tie the knot **
    Our Little Chateau Progress
    11 years ago

✿old stories✿

  • Feb 2013 (1)
  • Nov 2012 (6)
  • Jul 2012 (1)
  • Apr 2012 (1)
  • Feb 2012 (4)
  • Jan 2012 (8)
  • Dec 2011 (2)
  • Nov 2011 (5)
  • Oct 2011 (4)
  • Sep 2011 (3)
  • Aug 2011 (4)
  • Jul 2011 (7)
  • Jun 2011 (39)
  • May 2011 (25)
  • Sep 2009 (1)
  • Aug 2009 (1)

✿ KU BERMOHON PADA MU✿




ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..
TETAPKAN IMAN KU... SENTIASA PADA MU... BERSERAH PADA MU...
SESUNGGUHNYA SOLAT SERTA IBADAHKU HIDUP DAN MATIKU...
HANYALAH UNTUK MU HANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU TIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU
LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN
KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…