-->
skip to main | skip to sidebar
~✿ iDaYu aYu ✿~

Pages

  • Home
  • ✿OWNER ✿
  • ✿banner ✿
  • ✿link exchange!✿
  • ✿ koleksi ✿

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ الرحيم

[ In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ]



Thursday, June 16, 2011

✿ CARA ATASI CIRIT-BIRIT!!✿

EHEM2... testing...testing.....
hehehehe... hari nie nak bt entry khas untuk kwn2 ayu yg tershayunk;
miss zaza, miss kakakanda ina,...td kan ngadu cakit perot kan3??
utk miss mieza, jgn kecik aty... kamo pnyer perot kan baik2 aje?wink3!

mesti ade antara kita yang sangat2 tertekan dgn masalah nie kan?
xpe2...kite tgk ckt2 ape sebab dan cara nak atasi okeyh?? ;




Bagi kebanyakan orang, cirit-birit tidak dianggap berbahaya dan ramai orang seringkali mengalaminya. Cirit-birit berlaku apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui salur penghadaman dan biasanya adalah akibat daripada jangkitan pada salur tersebut. Bagi individu yang sihat, cirit-birit biasanya akan reda selepas meminum banyak air dan berehat.

Serangan cirit-birit yang teruk yang berlanjutan dari beberapa jam hingga tidak lebih dari tiga hari, biasanya berlaku akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, atau sekadar kerana tabiat makan yang tidak sihat. Mikroorganisma atau toksin yang dihasilkan menyebabkan gastroenteritis, iaitu radang pada lapisan perut dan usus, manakala makanan yang tidak sihat pula mengganggu keseimbangan mikroflora dan menambah beban sistem penghadaman.

Keadaan ini biasanya berlaku kerana badan kita cuba membersihkan organ dalaman dengan mengeluarkan toksin ini. Dalam keadaan ini, seseorang mungkin juga mengalami muntah-muntah, kekejangan perut, kembung perut, angin dan demam yang tidak teruk.

Cirit-birit yang berlarutan dan seringkali berlaku mungkin menunjukkan masalah yang kronik. Keadaan ini memerlukan perhatian yang serius kerana cecair penting dan elektrolit dikeluarkan dengan banyaknya dari badan (termasuk garam, magnesium, potasium dan kalsium).

Kehilangan zat-zat ini mengganggu kesihatan badan secara keseluruhannya kerana zat-zat tersebut diperlukan untuk menjalankan proses-proses penting dalam badan. Jika ia berterusan, cirit-birit yang teruk akan membahayakan kesihatan.

Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi beberapa kondisi seperti:
  • alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)
  • kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
  • berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
  • pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
  • jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
  • situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif
  • penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
  • dalam beberapa kes, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus
  • Bila Perlu Mendapatkan Rawatan
  • Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik
  • Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

  • Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.
  • Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

  • Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM . Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

Cara-Cara Penyembuhan Segera
  • Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

  • Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air

  • Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.
  • Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

  • Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

  • Ambil Makanan Lembut

  • Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya.

  • Jangan Paksa Diri Anda

  • Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

hopefully info nie leh bantu korunk! yerk! semoga hari nie dan seterusnya perot kita baik2 saje!

sumber : http://www.ehomemakers.net/my/index.php


✿♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca! Like Kalau Suka ye! ♥✿

0 orang bijak dah tulis dicnie. ♥:

Post a Comment

Newer Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



TRY TO ENJOY THE SILENT! T.T
orang tengah jenguk AYU.TQ!

✿total pageview✿

✿archieve✿

p/s:setiap tarikh yg bold itu utk setiap post ayu!✿ sila selak utk semak =P

✿ wishlist ✿

complete my diploma
complete my degree
get my dream job
be a sweet fiancee
be a wonderful wife
be a beautiful mother
YaALLAH. permudahkan lah usaha kami. sesungguhnya apa yang kau aturkan itu yang terbaik utk kami. insyAllah.... amin ......

✿chitchat✿

✿Jom Bace!✿

get this widget here

Twitter

✿ instagram ✿

Follow @idayuayu

✿blog's oxygen✿

✿exchange✿

*Copy And Paste it into your blog ok?:)
✿drop your link here!✿

✿me. MyseLf!✿

Nor Idayu♥
2/12/1989♥
love.chocolate♥
bachelordegree♥
financeStudent♥

Daisypath Anniversary tickers

✿ B2B TAG ✿

✿ B2B TAG ✿

✿GuLe2HatiE✿

♥NOR IDAYU♥
♥EZZATGIBRAIL♥
♥AYAHANDA♥
♥BONDA♥
♥FAZRUL SHAH♥
♥JUNAIDAH&HUBBY♥
♥QARIENA MARYSHA♥
♥QIERANN MIQHAEL♥
♥ADIK&KAKAK♥

✿like.like✿

~✿klik sini ✿~

✿Wedding Inspiration✿

  • { 4weddingku Blog }
    Hello
    8 years ago
  • when he proposed i said yes
    PREGNANCY CHRONOLOGY
    9 years ago
  • Bitbitterbutter
    Guestbook Freebies
    10 years ago
  • Still Counting . . . by Huda Luna
    7 Pemilihan Jenis Kek Kahwin (Wedding Cake)
    10 years ago
  • ** anaztasia tie the knot **
    Our Little Chateau Progress
    11 years ago

✿old stories✿

  • Feb 2013 (1)
  • Nov 2012 (6)
  • Jul 2012 (1)
  • Apr 2012 (1)
  • Feb 2012 (4)
  • Jan 2012 (8)
  • Dec 2011 (2)
  • Nov 2011 (5)
  • Oct 2011 (4)
  • Sep 2011 (3)
  • Aug 2011 (4)
  • Jul 2011 (7)
  • Jun 2011 (39)
  • May 2011 (25)
  • Sep 2009 (1)
  • Aug 2009 (1)

✿ KU BERMOHON PADA MU✿




ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..
TETAPKAN IMAN KU... SENTIASA PADA MU... BERSERAH PADA MU...
SESUNGGUHNYA SOLAT SERTA IBADAHKU HIDUP DAN MATIKU...
HANYALAH UNTUK MU HANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU TIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU
LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN
KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…